Home / Lain - Lain / ATLET SETUJU TERUSKAN LATIHAN SECARA QUARANTINE BASED APPROACH

ATLET SETUJU TERUSKAN LATIHAN SECARA QUARANTINE BASED APPROACH

Atlet kebangsaan akan menjalankan latihan secara Quarantine Based Approach sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang bermula.

Majlis Sukan Negara (MSN) percaya fokus dan tumpuan atlet terlibat tidak akan terjejas sepanjang tempuh itu.

MSN mendapat respon positif 80% daripada atlet dan tetap mahu meneruskan latihan seperti biasa di pusat latihan masing-masing.

Atlet berpendapat bahawa persediaan dan momentum mereka bakal berlaku jika sesi latihan diberhentikan dan mahu diteruskan dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam keterujaan meneruskan latihan Datuk Ahmad Shapawi enggan atlet mengambil mudah persediaan operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Ini kerana SOP kali ini tidak seperti SOP program Road To Tokyo (RTT) Jun lalu.

Untuk rekod lebih 500 atlet daripada 29 jenis sukan terlibat dalam program latihan berpusat di bawah kendalian MSN.

Kesemua mereka dibenarkan menjalani latihan di Kompleks MSN Bukit Jalil dan Keramat, Akademik Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.