Home / Lain - Lain / Atlet muda negara cemerlang di Filipina

Atlet muda negara cemerlang di Filipina

Malaysia raih emas dan perak dalam acara 100m pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Filipina.

Muhammad Azeem Mohd Fahmi merangkul emas dengan catatan 10.69 saat sekaligus mencipta rekod baru kejohanan manakal
Muhammad Arsyad Md Saat meraih perak.

Dalam acara lontar peluru pula Jonah Chang Rigan mencatat balingan sejauh 18.03 meter sekaligus padam rekod terdahulu 16.76 meter untuk raih emas.

Kontinjen negara berjaya menambah satu lagi emas menerusi
Mohd Irfan Izzah dalam acara 110m lari berpagar lelaki.