Home / Lain - Lain / ATLET KEMBALI MERIAHKAN BANDAR SUKAN BUKIT JALIL

ATLET KEMBALI MERIAHKAN BANDAR SUKAN BUKIT JALIL

Atlet kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai lapisan program sama ada Road To Tokyo (RTT), elit, podium dan pelapis kembali ke Bandar Sukan Bukit Jalil susulan kebenaran yang diberikan kerajaan.

Seramai 661 atlet daripada 40 jenis sukan melapor diri dan mendaftar masuk di Majlis Sukan Negara untuk kembali menjalani sesi latihan harian sepenuh masa di semua pusat latihan.

Prosedur operasi standard (SOP) tidak dilupakan dengan semua atlet wajib menjalani ujian swab terlebih dahulu sebelum dibenarkan menggunakan kemudahan latihan.

Seperti juga atlet RTT keputusan ujian ini memakan masa 1 hingga 2 hari untuk diperolehi.

Sebelum ini atlet hanya menjalani latihan ringan sepanjang tempuh PKP pastinya merencatkan sedikit tahap kecergasan, kemahiran dan prestasi atlet.

Setiap atlet perlu menghadapi cabaran utama dalam mengembalikan semula momentum selepas lebih tiga bulan tidak beraksi di lapangan terutamanya atlet-atlet yang bakal menghadapi saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo pada tahun hadapan.

Setakat ini tiada perubahan SOP latihan dan ia pastinya memudahkan atlet-atlet yang baharu tiba di MSN dimana mereka hanya perlu mematuhi SOP yang telah dijalani atlet RTT yang sudah berkampung selama sebulan sebelum ini.