Home / Lain - Lain / ATLET, JURULATIH DAN PEGAWAI DI KEM LATIHAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL HANYA AKAN MELAPOR DIRI PADA 8 JUN 2020

ATLET, JURULATIH DAN PEGAWAI DI KEM LATIHAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL HANYA AKAN MELAPOR DIRI PADA 8 JUN 2020

Atlet, jurulatih dan pegawai yang akan mengikuti latihan tertutup Road To Tokyo 2020 di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil hanya akan melapor diri pada 8 Jun dan bukannya 1 Jun seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ia berikutan pusat penginapan atlet Casa 1 perlu menjalani proses sanitasi terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu kenyataan bangunan Casa 1 yang akan digunakan sebagai penginapan rasmi perlu menjalani proses sanitasi berikutan bangunan itu telah digunakan sebagai salah satu pusat kuarantin Covid-19 oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah tamat.

Justeru atas nasihat Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican proses sanitasi itu perlu dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan demi keselesaan atlet dan pegawai.

Bagaimanapun pusat latihan di Akademik Badminton Malaysia (ABN) di Bukit Kiara untuk pemain badminton dan pusat latihan perahu layar Langkawi untuk atlet pelayaran tetap akan melapor diri pada tarikh yang ditetapkan iaitu 1 Jun ini.

Seramai 146 individu akan melaporkan diri di Bukit Jalil, 37 individu di ABN Bukit Kiara manakala 24 individu lagi akan berada di Langkawi.

Semua yang terlibat perlu menjalani ujian swap pada hari pertama pendaftaran dan kuarantin diri sehingga keputusan di perolehi.

Dua lagi ujian swap akan dijalankan pada hari ke-5 dan ke-15. Kesemua atlet dan pegawai yang terlibat akan menjalani latihan tertutup selama sebulan.