Home / Bola Sepak / ASEAN hasrat membida penganjuran Piala Dunia 2034

ASEAN hasrat membida penganjuran Piala Dunia 2034

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan sokongan penuh hasrat negara Asean untuk membida penganjuran bola sepak Piala Dunia 2034.

Cadangan untuk membida bersama itu telah dipersetujui wakil negara Asean ketika mesyuarat Menteri Sukan Asean (AMM) yang berkaitan sukan di Manila 9 Oktober lalu.

Pada mesyuarat menteri sukan Asean Rabu lalu di Manila, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand mengumumkan bahawa Thailand akan memimpin bidaan itu yang turut disertai Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Menurut Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mewakili Malaysia dalam mesyuarat itu, atas persetujuan semua wakil Asia satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyediakan dokumen perancangan teliti sepanjang proses bidaan.

Bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cadangan negara-negara Asean untuk membida penganjuran bola sepak Piala Dunia 2034 memang perkara serius.

Bagaimanapun ia tetap bergantung kepada China yang akan membida tuan rumah Piala Dunia 2030. Ini bermakna jika China berjaya negara-negara Asia Tenggara perlu membida penganjuran Piala Dunia bagi edisi 2034.