Home / Golf / Arie Juara Pertama Jelajah ADT 2015

Arie Juara Pertama Jelajah ADT 2015

Arie Irawan bergambar bersama trofi selepas memenangi Kejohanan Golf Sime Darby Harvard 2015. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour / Asian Development Tour

Arie Irawan bergambar bersama trofi selepas memenangi Kejohanan Golf Sime Darby Harvard 2015. Gambar oleh Arep Kulal / PGM Tour / Asian Development Tour

SUNGAI PETANI, 31 Januari 2015 : Pemain golf negara, Arie Irawan Fauzi muncul Juara Kejohanan Golf PGM Sime Darby Harvard 2015, kejohanan golf pertama dalam siri Jelajah Pembangunan Asia (ADT) 2015 di Kelab Golf Harvard, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kemenangan Arie, 24 tahun, yang dilihat antara pemain muda Malaysia yang bakal menyerlah dalam siri Jelajah Asia 2015, mempamirkan permainan mantap untuk menafikan peluang seorang lagi pemain negara Sukree Othman yang mendahului di hari ketiga kejohanan. Dengan catatan 4 di bawah par pada hari terakhir kejohanan dan 270 pukulan catatan keseluruhan 18 di bawah par, Arie berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM35’000.00 berserta trofi.

Walaupun telah melayakkan diri untuk bermain di Jelajah Asia untuk musim 2015, Arie ternyata bersemangat untuk memenangi kejohanan ADT yang pertama buat dirinya dan yang pertama buat musim 2015. Namun apa yang lebih penting, kejayaan di Harvard membolehkan beliau mengutip 6mata untuk Kedudukan Pemain Golf Dunia (World Golf Ranking Point), seterusnya menjadikan beliau memintas pemain no satu Malaysia, Danny Chia dan menjadikan beliau pemain ranking pertama Malaysia dalam senarai pemain yang akan bermain di Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia minggu hadapan.

“Kejayaan muncul juara pada hari ini ibarat suntikan semangat untuk saya menghadapi Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia. Saya amat berpuas hati dengan permainan saya dan akan memberi yang terbaik pada minggu hadapan”, ujar Arie ketika ditemui selepas kejohanan.

Kejohanan Golf PGM Sime Darby Harvard 2015 adalah kejohanan golf kedua dalam Jadual Jelajah Profesional Golf Malaysia (PGM) dan dianjurkan bersama dengan Jelajah Pembangunan Asia (ADT).

Keputusan 5 tempat teratas :

270 – Arie IRAWAN (MAS) 63-71-68-68

271 – Sean RIORDAN (NZL) 70-68-66-67, Sukree OTHMAN (MAS) 70-65-66-70

273 – Mathiam KEYSER (RSA) 70-65-69-69

274 – Oskar ARVIDSSON (SWE) 69-66-70-69

275 – Shaaban HUSSIN (MAS) 70-70-69-66, MJ DAFFUE (RSA) 70-68-70-67, Danny CHIA (MAS) 69-68-67-71, Kemarol BAHARIN (MAS) 70-69-64-72
[sumber dari Asian Development Tour]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*