Home / Lain - Lain / ARENA SUKAN PERMOTORAN NEGARA TURUN TERKESAN EKORAN WABAK COVID-19

ARENA SUKAN PERMOTORAN NEGARA TURUN TERKESAN EKORAN WABAK COVID-19

Sukan permotoran negara turut menerima tempias ekoran penularan wabak Covid-19 terutamanya program pembangunan yang terjejas dan terpaksa diberhentikan demi kesihatan dan keselamatan pelumba yang bernaung di bawah program itu.

Bagi Ketua Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali pihaknya kini dalam fasa terakhir untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas pendapatan susulan tempoh perintah kawalan pergerakan yang kini memasuki hari ke-20.

Situasi ketika ini jelas mengganggu momentum pelumba negara di bawah program pembangunan namun mereka perlu terus fokus dan menjalani latihan serta mematuhi arahan kerajaan.

Dalam perkembangan lain Datuk Razlan yang juga prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing berkata penambahan jangkita Covid-19 di peringkat global serta penangguhan beberapa siri perlumbaan pada awal musim menjejaskan penjualan tiket GP Malaysia yang sebelum ini mendapat sambutan menggalakan sasban tahun.

Setakat April 2020 hanya 2500 tiket terjual berbanding 6008 tiket pada April tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Dato’ Razlan Razali. © SIC

Dari aspek penganjuran pula Datuk Razlan memaklumkan setakat ini Grand Prix Malaysia yang dijangka berlangsung 1 November nanti tiada sebarang penundaan namun bergantung kepada situasi semasa.