Home / Lain - Lain / ARC2018 : Malaysia gagal cipta kejutan

ARC2018 : Malaysia gagal cipta kejutan

Pasukan Malaysia melangkah masuk dalam ke Stadium Bukit Jalil. Gambar Faiz Azizan / SukanMalaysiaDotMY

Oleh : Ismadi Manap 

BUKT JALIL : Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi gelanggang pertemuan diantara pasukan Malaysia menentang pasukan Korea Selatan dalam kejohanan ARC2018. Ini merupakan kali pertama pasukan ragbi tanahair bermain di SNBJ dan hampir 15000 orang peminat tegar ragbi memenuhi ruangan tempat duduk stadium bagi menyaksikan perlawanan ini.

Seawal minit kedua pasukan pelawat di hadiahkan penalti yang disempurnakan oleh Young Hyung Oh. Pasukan Korea Selatan terus mengasak dan berjaya mendapatkan trai pertama pada minit ke 8 menerusi pemain no 14 mereka Jeong Ming Jang dan Young Hyung Oh menyempurnakan conversion dua mata. Pasukan negara ketinggalan 11 mata sebelum perlawanan memasuki minit ke 10.

Aksi pasukan Malaysia ketika menentang pasukan Korea Selatan. Gambar Faiz Azizan / SukanMalaysiaDotMY

Rentak mereka tersentak lagi apabila pasukan lawan mendapat penalti dan sekali lagi pasukan negara melakukan kesilapan pada minit ke 20 yang disempurnakan sekali lagi oleh pemain no 10 Young Hyung Oh. Ternyata pemain ini terus menjadi duri dalam daging buat pasukan negara apabila menyempurnakan penalti trai pada minit ke 24 dan penalti minit 36 untuk Korea Selatan mendahului 21 berbalas 0 untuk separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, seawal minit pertama Amirul Sani pemain negara yang menyarung jersi no 1 dilayangkan kad kuning apabila didapati melakukan kekasaran terhadap pemain pasukan pelawat. Ketiadaan seorang pemain dalam pasukan negara memudahkan Korea Selatan untuk menambah trai pada minit ke 7 sekali lagi oleh Jeong Ming Jang dan conversion disempurnakan oleh Young Hyung Oh. Malaysia terus ketinggalan  dengan 28 tanpa balas.

Kemasukan semula Amirul Sani selepas dikenakan “sin bin” selama 10 minit memberikan kembali rentak kepada pasukan negara. Hasilnya Timoci VUNIMOKU berjaya mendapatkan trai pertama pasukan negara. Conversion disempurnakan oleh pemain jersey no 20 Mohamad Syarif Saiful Aazwan. Pasukan negara seakan mula memahami rentak permainan pasukan Korea Selatan dan berjaya menggagalkan beberapa percubaan bahaya di kawasan 22 meter negara. Mohamad Syarif Saiful Aazwan berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke 29 setelah pasukan Korea Selatan melakukan kesilapan dan menyaksikan keputusan 28 berbalas 10. Pada minit-minit akhir perlawanan menyaksikan pasukan Korea Selatan berjaya menambah satu lagi trai melalui Kwang Sik Kim dan conversion disempurnakan oleh Young Hyung Oh. Tamat wisel menyaksikan pasukan Korea Menang 35 berbalas 10.

#ragbipadu