Home / Bola Sepak / Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 : Positif dan Negatif

Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 : Positif dan Negatif

Farizal Marlias, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Matthiew Davies. (Probitas Ed Fides)

Farizal Marlias, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Matthiew Davies. (Probitas Ed Fides)

OLEH HISYAM RAHMAN

Rumah Siap Pahat Berbunyi! Begitulah ceritanya setiap kali selesai dalam mana-mana majlis penganugerahan.  Kita mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, apatah lagi kalau ia tidak menyebelahi kita!

Begitulah kisahnya dengan Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan.  Ada pihak yang mempertikaikan keputusan panel juri.  Dikatakan pemilihan untuk menjadi calon akhir juga dipertikaikan kerana ada individu yang lebih layak tidak disenaraikan.  Juga berkaitan anugerah kepada kelab penyokong yang pemilihannya bercanggah dengan peraturan yang di tetapkan oleh badan induk bolasepak negara.

Pastinya ianya boleh dipertikaikan, tetapi segala sesuatu perkara itu jika ianya ciptaan manusia memang tidak akan lari dari ketidaksempurnaan.  Tugas kita sepatutnya adalah untuk memberi pandangan untuk penambahbaikan, pertikaian yang tidak menguntungkan sesiapa perlulah kita elakkan.  Sebenarnya kita juga perlu menghargai dan memberikan kredit kepada pihak yang telah berusaha untuk menyemarakkan arena bolasepak negara kita dengan menganjurkan majlis pengnugerahan seperti ini.  Syabas pada penganjur!.

Atas sebab itulah ruangan Analisa kali ini bukanlah ingin mempertikaikan keputusan yang telah pun muktamad.  Ruangan Analisa tidak mahu mempertikaikan siapa yang patut menang, siapa yang patut tercalon dan sebagainya.  Sebaliknya ingin mengupas apakah anugerah ini berperanan besar sebagai satu pemangkin dan motivasi untuk pemain dan pasukan yang bertanding untuk lebih berusaha atau sebaliknya.

Mari kita lihat keputusan dalam 5 tahun  yang terakhir iaitu dari 2011 hingga 2015.

Untitled-1

Mari kita lihat dominasi senarai pemenang sepanjang 5 tahun ini dalam bentuk yang mudah difahami.  Sila perhatikan:

Tahun Berakhir 2011 – 2015

Untitled-2

Sepanjang 5 tahun ini posisi pemain tengah adalah yang paling merisaukan dan paling tidak kompetetif.  Dengan hanya 2 individu yang menguasai anugerah ini dari 3 pasukan berbeza (Safiq Rahim berpindah dari Selangor ke JDT) adalah sangat tidak sihat.  Ia menunjukkan betapa kita ketandusan pemain tengah yang berwibawa.  Jurulatih setiap pasukan gagal melahirkan pemain tengah berkualiti untuk pasukan negeri dan ianya satu kerugian untuk pasukan negara.

Jurulatih JDT - Mario Gomez.

Jurulatih JDT – Mario Gomez.

Posisi penyerang dan penjaga gol juga tidak kurang bezanya, dengan hanya 3 indidu menguasai posisi itu bagi tempoh 5 tahun.

Pemain harapan terbaik juga boleh dikatakan tinggal harapan.  Sudah pasti kita akan ada pemenang yang berbeza untuk tempoh 5 tahun kerana pemenang anugerah ini berkait dengan faktor umur.  Yang merisaukan bolasepak kita adalah tiadanya konsistensi dan progress positif dari pemain harapan ini, ini terbukti jika dilihat pemenang pada tahun 2011 tidak langsung berada dalam senarai penerima anugerah untuk 4 tahun selepasnya.  Sama ada dengan masalah kecederaan atau lain-lain, tetap tiada progress yang positif dari pemenang dalam kategori ini.

Khairul Fahmi Che Mat. Gambar : Azhari Yusop

Khairul Fahmi Che Mat. Gambar : Azhari Yusop©SukanMalaysia

Namun ada juga yang masih membanggakan kita, iaitu Khairul Fahmi Che Mat, beliau adalah satu-satunya pemain yang berbuat demikian dengan memenangi Pemain Harapan pada 2010 dan seterusnya mengungguli Anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk tiga tahun seterusnya.  Juga bukan semuanya pudar untuk bolasepak kita, masih ada sinar dalam kategori kejurulatihan.  Kita ada 5 pemenang berbeza bagi kategori jurulatih terbaik dalam tempoh 5 tahun ini.  Ianya adalah satu saingan yang sihat dan hanya satu jurulatih asing yang memenanginya dalam tempoh itu.  Syabas! Untuk semua yang bergelar jurulatih.  Ini membuktikan kita tidak ketandusan jurulatih yang berwibawa di dalam negara kita.

Penganjur telahpun menjalankan tanggungjawabnya dalam memberi pengiktirafan kepada pemain dan pasukan melalui anugerah ini.  Penganjur juga perlu menerima segala komen dan kritikan dengan hati terbuka kerana kita percaya ini semua demi kebaikan dan kemajuan bolasepak kita untuk ke arah yang lebih sempurna.  Untuk mengelakkan sebarang pertikaian, statistik dan data yang konsisiten dari permulaan musim dalam prestasi pemain dan pasukan perlu ada supaya pemilihan calon dan pemenang berdasarkan statistik dan data yang tepat.  Mungkin selepas ini senarai pemenang bulanan juga patut disediakan oleh FAM seperti mana yang dibuat oleh PFAM.

Ayuh Pemain!.  Segala usaha dan berbagai Platform telah disediakan untuk setiap pemain berusaha untuk menjadi yang terbaik dan seterusnya menggegar dunia dengan bolasepak kita.  Semuanya sekarang hanya terletak pada keinginan pemain itu sendiri untuk merebut dan merealisasikan impian semua rakyat Malaysia untuk melihat HARIMAU MALAYA bertanding di Piala Dunia!

Leave a Reply