Home / Lain - Lain / Anuar Abu Bakar meninggal dunia

Anuar Abu Bakar meninggal dunia

Bekas penyerang kebangsaan Anuar Abu Bakar yang juga leih dikenali dengan ‘Super Sub’ menghembuskan nafas terakhirnya, sekitar jam 9.35 malam tadi di Hospital Shah Alam setelah menderita kanser hati tahap empat.

Hari ini beliau berumur 48 tahun pernah mewakili skuad kebangsaan,
Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan MPPJ Selangor sebelum terjun ke bidang kejurulatihan, dengan pasukan terakhir dibimbingnya adalah Piala Presiden Uitm FC.

Pemain berasal dari Sungai Abong, Muar Johor itu pernah mewakili Malaysia di Pestabola Merdeka (1995), Sukan SEA di Thailand (1995) dan Kejohanan Piala Tiger di Singapura (1996).

Jenazah Anuar akan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21.

Kami dari Sukan Malaysia menyampaikan salam takziah buat keluarga arwah semoga roh beliau dicucuri rahmatNYA.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُا وَارْحَمْها، وَعَافِهِا، وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مُدْخَلَها، وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِا، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِا، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِا، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. l AlFatihah بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞