Home / Bola Sepak / AMD TERIMA PENGIKTIRAFAN DUA BINTANG AFC

AMD TERIMA PENGIKTIRAFAN DUA BINTANG AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan secara rasmi bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi ahli gabungan terbaharu yang diluluskan sebagai anggota penuh skim belia elit AFC.

Ini sekaligus menyaksikan Akademik Bola Sepak Negara Akademik Mokhtar Dahari (AMD) turut menerima penarafan dua bintang bagi skim berkenaan.

Skim belia elit AFC merupakan langkah utama dalam pembangunan bakat yang membantu ahli-ahli gabungan AFC bagi mengembangkan lagi program peringkat belia di negara masing-masing.

Menurut Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam pengiktirafan ini bertepatan dengan misi pembangunan bola sepak negara (NFDP) dalam usaha melahirkan bakat baharu bola sepak menerusi sistem pembangunan yang tersusun sejak ditubuhkan pada 2014.

Pada 5 Mac FAM telah menerima kunjungan delegasi AFC untuk proses penilaian bagi permohonan tersebut. Sesi berkenaan dikendalikan Timbalan Pengarah AFC merangkap Ketua Pembangunan Pemain AFC dan ahli belia AFC.

Diantara kriteria yang akan dinilai termasuk mengenai perkhidmatan perubatan, sains sukan, kemudahan, falsafah dan akademik.