Home / Lain - Lain / AKTIVITI SUKAN BERSENTUHAN TIDAK DIBENARKAN

AKTIVITI SUKAN BERSENTUHAN TIDAK DIBENARKAN

Selaras dengan pengumuman Menteri Kanan Kesihatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semua aktiviti sukan di kolam renang, membabitkan sentuhan fizikal dan penganjuran kejohanan dan pertandingan tidak dibenarkan sepanjang tempuh PKPB yang dikuatkuasakan di negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehubungan dengan itu penggiat sukan dan pemilik aktiviti yang tersenarai dalam negeri dan kawasan PKPB perlu menghormati arahan yang ditetapkan oleh MKN.

Operasi fasiliti sukan dan sanitasi juga perlu ditutup sementara sepanjang tempuh PKPB di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Begitu pun aktiviti sukan yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu seperti e-sport, jogging dan berbasikal dibenarkan tidak melebihi 10 orang.

Sementara bagi atlet negara program latihan berpusat boleh diteruskan secara quarantine based approach seperti yang pernah dijalankan di MSN, Akademik Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.