Home / Lain - Lain / AKMAL HAKIM ZAKARIA MUNCUL JUARA KEJOHANAN KEBANGSAAN LEBUHRAYA

AKMAL HAKIM ZAKARIA MUNCUL JUARA KEJOHANAN KEBANGSAAN LEBUHRAYA

Pelumba basikal Team Sapura Cycling (TSC) Akmal Hakim Zakaria muncul selaku juara kebangsaan 2020 bagi kategori elit lelaki dalam Kejohanan Kebangsaan Lebuhraya di Melaka.

Dengan jarak keseluruhan sejauh 182 km pelumba berusia 20 tahun ini terpantas di garisan penamat mengatasi rakan sepasukan yang juga juara kebangsaaan tahun lalu iaitu Nor Amirul Fakrudin di tempat kedua.

Akmal mencatat masa 4:36:03 saat sekaligus membantu TSC mengekalkan kedudukan teratas ranking jelajah Asia (UCI).

Kejayaan Akmal Hakim ini bermakna TSC menyapu bersih tiga daripada empat gelaran utama iaitu juara kebangsaan lepas beramai-ramai elit lelaki, ujian masa berpasukan (TTT) dan ujian masa individu (ITT).  

TSC ketika ini berada di tangga teratas ranking jelajah Asia dengan 1119 mata diikuti Terengganu Cycling Team (TSG) kedua 720 mata.

Manakala pasukan dari Kazakhtan Vino Astana Motor ketiga mengumpul 462 mata.

Bagi kategori yang sama Muhammad Afiq Huznie Othman dari TSG mendapat tempat ketika manakala Mohamad Fauzan Ahmad Lutfi dari PDRM sekadar berpuas hati di tempat keempat.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menarik nafas lega, selepas menerima sumbangan penajaan berjumlah RM50,000 bagi menganjurkan Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan Malaysia 2020, minggu depan.

Lebih menggembirakan Abu Samah berkata, kerajaan negeri Melaka turut menyalur bantuan kewangan bagi memastikan kejohanan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Kehormat Kesatuan Berbasikal Asia (ACC), turut meluahkan rasa bangga dengan kemampuan PKBM meneruskan tanggungjawab mengadakan kejohanan kebangsaan, sesuai arahan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), sekali pun tidak mempunyai kedudukan kewangan kukuh.