Home / Lain - Lain / Afiq sedia beri cabaran kepada atlet normal

Afiq sedia beri cabaran kepada atlet normal

Jaguh olahraga para negara Afiq Ali Hanafiah akui sedia bersaing dengan atlet normal pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 28 Mac ini.

Dia meletakkan sasaran untuk mengatasi catatan 11.20 saat pada kejohanan itu dan menganggap bahawa ia persiapan terbaiknya bagi menghadapi Kejohanan Para Dunia di Dubai November depan.

“Ia sesuatu yang baik bagi mempersiapkan diri saya sebelum menghadapi saingan hebat dalam Kejohanan Dunia,” katanya.

“Tahun ini menyajikan perlbagai kejohanan utama, jadi amat penting untuk saya mengekalkan prestasi terbaik,” tambahnya.

Menjelang Kejohanan Dunia di Dubai, Afiq perlu berwaspada agar tidak berlaku sebarang kecederaan pada saat-saat akhir seperti yang berlaku tahun lalu di mana dia mengalami kecederaan lutut kiri sebelum Sukan Para Asia Indonesia