Home / Golf Remaja / Afiq Padillah dan Zarith Sofia muncul juara Piala Shaaban Hussin

Afiq Padillah dan Zarith Sofia muncul juara Piala Shaaban Hussin

KOTA DAMANSARA 18 Ogos 2019 : Afiq Padillah dan Zarith Sofia Hj Mohd Sidek muncul juara kategori lelaki dan wanita Piala Shaaban Hussin yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Selangor, minggu lalu.

Afiq mencatatkan 76 pukulan, 4 di atas par berjaya mengatasi persaing terdekat beliau Muhammad Afnan Hanif yang mencatatkan 81 pukulan, 9 di atas par untuk muncul juara manakala Zarith Sofia mempamirkan aksi cemerlang beliau dengan melakukan catatan 74 pukulan, 2 di atas par untuk mengungguli kategori wanita.

Afiq Padillah ©myphoto2u.com

Dengan kemenangan ini, Afiq Padillah dan Zarith Sofia akan mewakili Malaysia ke kejohanan golf APJGA Thailand Masters di Narai Hill Golf Resort Thailand pada bulan Oktober akan datang.

Kejohanan Piala Shaaban edisi kali ke-3 ini berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 pemain golf remaja dari seluruh negara dan merupakan inisiatif ikon golf negara, Shaaban Hussin dalam melahirkan pemain muda yang berbakat dalam sukan golf.

Kejohanan ini mendapat sokongan penuh dari Sports Unite, SportExcel, MSN dan MGA.