Home / Bola Sepak / #AFFSUZUKICUP2018 – Ayuh Harimau Malaya ! Demi lencana di dada !

#AFFSUZUKICUP2018 – Ayuh Harimau Malaya ! Demi lencana di dada !

Team Harimau Malaya. © Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMy

5 Disember 2018, KUALA LUMPUR : 6 jam lagi menjelang perlawanan paling penting tahun 2018 buat pasukan Harimau Malaya. Perlawanan separuh akhir kedua bertemu pasukan pilihan dan tuan rumah Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok, bukanlah sesuatu yang mudah.

Atas kertas, sudah pasti Thailand yang berada dalam kelas tersendiri menjadi pilihan. Apatah lagi beraksi di depan ribuan penyokong sendiri, kemenangan sudah pasti dituntut oleh rakyat Thailand selepas melihatkan barisan pilihan mereka beraksi longlai di Bukit Jalil. Namun dalam cerita bolasepak, segalanya berkemungkinan.

Harus dilihat perjalanan Harimau Malaya tahun ini dihimpit dengan pelbagai kontrovesi, dari isu pemain sehinggalah isu kepada pemilihan jurulatih, episod-episod duka itu sudah pasti mampu dipadamkan dalam benak pemikiran peminat bolasepak tanahair dengan kemenangan. Sesuatu yang amat sukar, namun itu sahaja tonik yang paling mujarab buat peminat bolasepak negara.

Tumpuan peminat ribuan bolasepak tanahair sudah pasti kepada perlawanan penting malam ini. Ketika ratusan ‘Ekor Harimau Malaya’ telah tiba di kota Bangkok seawal pagi tadi, sudah pasti ribuan yang lain akan menunggu aksi dengan penuh debar di hadapan kaca televisyen malam ini.

Aksi Aythar Rashid ketika perlawanan menentang Myanmar tempoh hari. Gambar © Khairil Ajhar / SukanMalaysiaDotMy

Menang ! Itu sahaja yang diinginkan. Tidak kira apa jua caranya, Tan Cheng Hoe selaku pengendali pasukan Harimau Malaya sedar akan kemahuan itu. Kenangan menjulang piala AFF pada tahun 2010 selaku Penolong Jurulatih kepada ‘King Gopal’ sudah pasti menjadi suntikan moral beliau untuk perjuangan malam ini. Setelah melakukan pelbagai eksperimentasi dengan pasukan Harimau Malaya selepas mengambil alih tugas pada penghujung Disember tahun lalu, Cheng Hoe harus sedar, ketumpulan barisan serangan yang di ketuai Safawi Rasid, Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha perlu dipertajamkan bagi menembusi gawang gol pasukan Thailand.

Meletakkan Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama malam ini mungkin satu pilihan terbaik bagi membolehkan beliau bergandingan dengan Mohamadou Sumareh di kiri dan kanan bahagian serangan. Sudah pasti peminat mahu menyaksikan kelincahan Akhyar dan kelajuan Sumareh dari sebelah kiri dan kanan menembusi kubu lawan seterusnya membuka ruang kepada Zaquan dan Norshahrul. Menjadikan alasan Akhyar sebagai pemain ‘super-sub’ dan tidak mampu bertahan sehingga 90 minit bukan lagi alasan kerana sasaran mencari gol awal itu lebih selamat dari mencari gol di minit-minit akhir perlawanan.

Momentum permainan menyerang Harimau Malaya perlu diteruskan dan peminat sudah pasti mengharapkan agar Harimau Malaya tidak mengamalkan corak permainan bertahan dan cuba bermain dengan selamat. Walaupun berpuas hati dengan persembahan Harimau Malaya di Bukit Jalil tempoh hari, Cheng Hoe perlu bingkas sedar dari lamunan bahawa kepuasan itu tidak mencukupi untuk membawa Harimau Malaya ke final. Kali ini, magis Cheng Hoe diperlukan dan jutaan rakyat Malaysia mengharapkanya.

Disaat Penjaga Gol pasukan Thailand, Chatchai Budprom menjanjikan malam ngeri buat pasukan Harimau Malaya malam ini ketika ditemubual dalam sidang media, sudah pasti, barisan serangan Harimau Malaya perlu bangkit bagi membolehkan beliau memakan kata-katanya sendiri.

Memetik kata-kata Cheng Hoe dalam sidang media malam tadi, “Our team have a great desire and I believe we can do it TOGETHER “…… Yes Cheng Hoe,…. kami semua bersama-sama di belakang anda !!!!!! Lets do it TOGETHER !! AYUHHH HARIMAU MALAYA !!!!!!