Home / Bola Sepak / AFF U18 2019 : Gol minit akhir kecewakan Malaysia

AFF U18 2019 : Gol minit akhir kecewakan Malaysia

Foto : Sportflex Malaysia

19 OGOS 2019, HO CHI MINH : Australia menewaskan Malaysia dalam perlawanan akhir AFF Bawah 18 tahun 2019 di Stadium Thang Nhat bagi merangkul kejuaraan buat kali ke-5.

Pasukan Malaysia di bawah kendalian bekas pemain antarabangsa Australia Brad Maloney dikecewakan oleh jaringan Lachlan Ricky Brook pada minit ke-79.

Foto : Sportflex Malaysia

Separuh masa pertama menyaksikan Australia menguasai keseluruhan posessi perlawanan namun berjaya dihalang oleh barisan pertahanan negara yang penuh berdisiplin.

Peluang keemasan diperolehi Australia pada ke-11 menerusi penjaring terbanyak kejohanan iaitu gandingan Dylan Ruiz-Diaz yang berjaya mengatasi barisan pertahanan Malaysia untuk melancarkan hantaran lintang kepada Marco Tilio namun sepakannya sekadar ke dakapan penjaga gawang Sikh Izhan Nazrel .

Tekanan terus dirasai Malaysia di minit ke-20 apabila Tilio  berjaya menerobos masuk ke dalam kotak penalti selepas bertukar-tukar hantaran dengan Ruiz-Diaz. Namun, bentesan kemas dari pertahanan tengah Malaysia Harith Haiqal Adam menyelamatkan gawang Malaysia.

Usaha Malaysia di separuh masa pertama datang menerusi Luqman Hakim namun digagalkan oleh Kai Calderbank-Park pada minit ke-45.

Separuh masa kedua menyaksikan Ruiz-Diaz menguji Izhan menerusi sepakan percuma memberi amaran buat Malaysia.

Pada minit ke-56 Malaysia memperolehi sepakan percuma hasil serang balas kilat Luqman and Muhammad Atiq namun hantaran dari Luqman ke Afiq tersasar.

Harimau Malaya juga berpeluang menjaringkan gol menerusi percubaan lencong dari Muhammad Firdaus yang hanya mampu menewaskan Calderbank-Park tetapi tidak palang gol.

Luqman terus mengucarkacirkan barisan pertahanan Australia menerusi percubaan dari ruang yang sempit pada minit ke-69 namun nasib masih tidak menyebelahi Malaysia.

Foto : Sportflex Malaysia

Malaysia terpaksa membuat pertukaran pemain pada minit ke-75 dengan memasukkan Firdaus Irman Fadhil bagi menggantikan Izhan yang mengalami kecederaan.

Tugas perit buat Firdaus Irman Fadhil setelah empat dimasukkan adalah mengutip bola yang menerjah jaring yang disempurnakan oleh Brook penyerang Adelaide United.

Malaysia meneruskan serangan bagi mencari gol penyamaan dalam perlawanan berbaki 15 minit namun dinafikan oleh barisan pertahanan Australia.

Foto : Sportflex Malaysia

Australia menjuarai AFF sejak 2016 dan kejayaan ini menyamai rekod Thailand yang mendominasi kejuaraan sebanyak lima kali. Dalam pada itu kekalahan perit ini merupakan kekalahan kedua dari tiga edisi final buat Malaysia.

Indonesia merangkul tempat ketiga setelah mengatasi finalis 2018 iaitu Myanmar. Mochammad Supriadi mencipta hatrik buat Indonesia disamping dua gol dihasilkan oleh Beckham Putra sebagai hadiah di Hari Kemerdekaan Indonesia dari anak-anak buah Fakhri Husaini.