Home / Bola Sepak / AFF TUNDA KEJOHANAN AFF PIALA SUZUKI 2020

AFF TUNDA KEJOHANAN AFF PIALA SUZUKI 2020

Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) mengumumkan penundaan AFF Piala Suzuki 2020 ke tahun 2021.

Keputusan menunda kejohanan terpaksa kerana mementingkan kesihatan dan keselamatan warga bola sepak serta penggemarnya di rantau ini.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan AFF situasi meruncing buat kesemua pasukan yang mengambil bahagian menyaksikan penundaan dibuat dengan kejohanan akan dilangsungkan pada 2021.

AFF mengikuti rapat perkembangan pandemik Covid-19 ini dan jelas kesan mendalam dialami semua pihak sekaligus membawa kepada keputusan penundaan.

Dengan fokus utama AFF pastinya terarah kepada keselamatan dan kesihatan semua pihak.

Piala AFF pada asalnya dijadualkan berlangsung bermula 23 November hingga 31 Disember menggunakan format sama seperti edisi 2018 dengan saingan peringkat kumpulan dijalankan secara home & away di gelanggang masing-masing.

Ia diteruskan dengan aksi timbal balik bagi pasukan yang layak ke separuh akhir dan perlawanan akhir.

Bagaimanapun tiada tarikh tetap dimaklumkan AFF untuk penganjuran bagi tahun 2021.

Pada kempen Piala AFF 2018 Vietnam berjaya menundukkan Malaysia dengan agregat 3-2.

Terikat 2-2 pada pertembungan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan jaringan tunggal di Hanoi menyaksikan Vietnam muncul juara selepas melakukannya pada tahun 2008.