Home / Bola Sepak / AFC lebih utama berbanding AFF

AFC lebih utama berbanding AFF

Datuk Ong Kim Siew akui lebih mengutamakan kejohanan kelayakan AFC berbanding AFF Bawah 22 Tahun di Kemboja bulan depan.

Pengendali skuad Bawah 23 Tahun negara itu berkata ini kerana beliau tiada cukup masa untuk mempersiapkan pasukan bagi hadapi kejohanan tersebut.

Beliau berharap agar diberi tempoh 10 hari lebih awal untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan kelayakan AFC Bawah 23 dijadualkan berlangsung Mac depan.

Dalam pada masa itu Kim akui Siew lega dua pegawai ISN dibenarkan membantu pasukan bermula Ahad ini.