Home / Bola Sepak / AFC CUP : Red Warriors Kecundang Di Myanmar

AFC CUP : Red Warriors Kecundang Di Myanmar

afc1

YANGON, 25 Feb 2014 : Satu lagi wakil pasukan dari Malayasia iaitu Kelantan kecundang di tangan pasukan Juara Liga Kebangsaan Myanmar, Yangon United pada aksi pembukaan Piala AFC bagi Kumpulan G. Yangon United mendahului dengan jaringan 3-0 pada babak pertama hasil 2 jaringan Kyaw Ko Ko dan pemain import Emerson dari Brazil.

Pasukan Kelantan cuba memberi saingan dengan 2 jaringan daripada ketua pasukan Badri Radzi dan satu jaringan dari Wan Zaharulnizam Zakaria. Namun Yangon United mengakhiri perlawanan dengan bergaya apabila Kyaw Ko Ko menghasilkan 2 lagi jaringan dan mencipta hatrik pada perlawanan tersebut.

Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Ahmad Shakir Ali terpaksa di arahkan keluar padang pada lewat permainan. Keputusan penuh Yangon United menewaskan Kelantan dengan jaringan 5-3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*