Home / Bola Sepak / AFC CUP : Kad Merah Punca Kekalahan Kelantan

AFC CUP : Kad Merah Punca Kekalahan Kelantan

afc_kel_g3KOTA BAHRU, 18 Mac 2014: Pendatang baru Vietnam XM Vissai Ninh Binh mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam Piala AFC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-2 di Stadium Sultan Mohammad IV untuk menang tiga perlawanan berturut-turut mereka dalam Kumpulan G.

Kelantan pada satu ketika, mendahului pasukan pelawat 2-1 setelah menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang cantik dari Nazri Ahmad dan gol padang Khairul Izuan Rosli sebelum separuh masa, walaupun ketika itu hanya bermain dengan 10 pemain apabila  Shakir Ali telah dilayangkan kad merah.

Pada babak kedua pula, Khairul Izuan Rosli juga turut dilayangkan kad merah hanya selepas selang separuh masa kedua bermula dan pelawat mengambil kesempatan kelebihan berlawan dengan sembilan orang pada separuh kedua dengan jaringan gol oleh Patiyo Tambwe dan Petrisor Voinea.

Dengan kemenangan itu, Ninh Binh meneraju kumpulan G dengan sembilan mata, tiga mata di hadapan pasukan tangga kedua Yangon United, yang menewaskan South China Hong Kong 2-0. Manakala Kelantan di tangga ketiga dengan tiga mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*