Home / Bola Sepak / #ABK2018 : Safawi Paling Bernilai, Malam Gemilang buat JDT

#ABK2018 : Safawi Paling Bernilai, Malam Gemilang buat JDT

Safawi Rashid – Pemain Paling Bernilai ABK2018 © FMLLP

KUALA LUMPUR 5 November 2018 : Seperti yang diramal, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK2018) dengan meraih sembilan kategori utama ditawarkan pada majlis yang berlangsung malam tadi.

Penyerang JDT, Safawi Rashid merangkul tiga anugerah utama apabila muncul Pemain Paling Paling Bernilai, Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Muda Harapan.

Penjaga Gol JDT, Farizal Marlias menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik, dan Pemain tengah mereka, Hariss Harun

Farizal Marlias – Penerima Anugerah Penjaga Gol Terbaik ABK2018 © FMLLP

menerima anugerah sebagai Pemain Terbaik Asean tahun ini.

JDT turut menerima anugerah Media Terbaik, Laman Web Terbaik serta anugerah Penyokong Terbaik.

Sementara itu, Shahrul Saad dari pasukan Perak dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik, manakala seorang lagi bintang muda Kedah, Akhyar Rashid dipilih sebagai Penyerang Terbaik.

 

Senarai penuh pemenang utama ABK2018:

PEMAIN PALING BERNILAI: Safawi Rasid (Johor Daruk Ta’zim)

PENJAGA GOL TERBAIK • Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim)

PERTAHANAN TERBAIK • Shahrul Saad (Perak)

PEMAIN TENGAH TERBAIK Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYERANG TERBAIK • Akhyar Abdul Rashid (Kedah)

JURULATIH TERBAIK • Mehmed Durakovic (Perak)

PEMAIN IMPORT TERBAIK • Rufino Segovia (Selangor)

PEMAIN ASEAN TERBAIK • Hariss Harun (Johor Darul Ta’zim)

PEMAIN MUDA HARAPAN • Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim)

PENYOKONG TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

MEDIA SOSIAL TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

LAMAN WEB TERBAIK • Johor Darul Ta’zim

FAIR PLAY Melaka

ANUGERAH PERSAHABATAN Hafizh Syahrin (MotoGP)