Home / Lain - Lain / Abdul Latiff Romly layak ke Sukan SEA Filipina 2019

Abdul Latiff Romly layak ke Sukan SEA Filipina 2019

Acara lompat jauh menyaksikan saingan sengit antara dua atlet yang beraksi di Sukan SEA 2017 iaitu Luqman Hakim Ramlan dan Abd LatifF Romly pada Kejohanan Olahraga Tertutup KOAM di MSN Bukit Jalil baru-baru ini.

Kedua-dua atlet tersebut mengejar catatan terbaik 7.70m untuk melepasi kelayakan merit kategori A ke temasya kali ini.

Jarak 7.58m Luqman Hakim pada lompatan keempat dipintas saat akhir oleh Abd Latiff pada percubaan keenam. Catatan 7.64m tersebut memastikan dia bergelar pemenang tetapi Abd Latif yang merupakan atlet para tetap meraih slot ke Filipina tahun ini dibawah kategori B.