Home / Bola Sepak / Abdul Karim Khan turut buat laporan polis

Abdul Karim Khan turut buat laporan polis

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis membuat laporan polis selepas didakwa melakukan penipuan kontrak dan penyelewengan wang pemain.

Mohd Abdul Karim Khan Mansor Khan berkata tindakan itu dibuat bagi menafikan penglibatannya dalam isu tersebut.

Terdahulu, 18 pemain Perlis Nothern Lion 2 membuat laporan polis keatas pengurusan PFA yang turut melibatkan bekas presiden PFA
Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Shafie.

“(Laporan polis) ini adalah untuk menafikan apa-apa pertuduhan kepada saya dan demi menjaga imej termasuk imej Persatuan Bola Sepak Perlis sendiri,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini. 

Sebelum ini, PFA dilanda kemelut tunggakan pembayaran gaji pemain selepas Ahmad Amizal gagal melangsaikannya untuk lebih tiga bulan sejak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan Perlis bermain di Liga Perdana Malaysia 2019.