Home / Lain - Lain / Abd Talib kembali dari penggantungan untuk kemudi pasukan sepak takraw negara

Abd Talib kembali dari penggantungan untuk kemudi pasukan sepak takraw negara

Jurulatih skuad sepak takraw negara Abd. Talib Ahmad kembali menampilkan diri setelah tamat tempoh penggantungan empat bulan oleh
Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF).

Beliau akan kembali mengendalikan program latihan dan mempersiapkan skuad negara bagi menghadapi Sukan Sea Manila Disember depan.

Halim digantung empat bulan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa kerana gagal melunaskan denda lebih RM28,000.00 kerana
pasukan negara didakwa enggan meneruskan aksi final acara berpasukan regu pada edisi ke-31 kejohanan berkenaan yang berlangsung di Fashion Island, Bangkok 23 Oktober tahun lepas.

Mereka membantah tindakan pengadil dari Vietnam yang dilabel berat sebelah pada aksi regu pertama yang menyebabkan kekalahan Mohd Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Syazreenqamar Salehan.

Ia disusuli tindakan regu kedua – Izurin Rifin, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Safaruddin Abu Bakar mengambil keputusan memulaukan perlawanan menentang trio kedua Thailand, Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee.

Selain Abd. Talib Ahmad , tiga pemain Malaysia, Izurin Refin, Afifuddi Razali dan Safarudin Abu Bakar masing-masing turut didenda AS$2,000 (RM8,800) selepas didapati bersalah kerana memulaukan perlawanan regu kedua final Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand Ke-31, 23 Oktober lalu.

Mereka didapati menyalahi Peraturan 15.3 Undang-undang Sepak Takraw Istaf 2013 (mana-mana pegawai pasukan atau pemain yang mempertikaikan keputusan pengadil ketika perlawanan atau bertindak dalam sebarang cara yang menjejaskan kelancaran perjalanan perlawanan)