Home / Badminton / Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tekad untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tekad untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo

Pemain badminton regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tekad berusaha lebih keras supaya boleh setanding dengan jaguh dunia lain dan mengakui bangga dengan muncul naib juara All England baru-baru ini.

Fokus terkini gandingan tersebut adalah untuk melayakan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pasangan muda negara itu sebelum ini beraksi cemerlang termasuk mengejutkan beregu ke-12 dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari China pada aksi suku akhir dengan 21-19, 17-21, 21-12.

Sementara itu para peminat terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan aksi jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri dari Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 2 hingga 7 April nanti.

BAM dalam siaran mediannya menyebut walaupun Lee Chong Wei sudah semakin pulih, doktor menasihatkan beliau agar menarik diri dan berehat bagi mempercepatkan lagi proses pemulihan.

Lee Chong Wei dijaduakan akan bertemu wakil India K.Srikanth pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung dari 2 hingga 7 April nanti.