Home / Lain - Lain / Aaliyah cipta rekod Asia

Aaliyah cipta rekod Asia

18 OGOS 2019, PUTRAJAYA : Ratu ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah tetap puas apabila berjaya memperbaharui rekod Asia dalam acara Tricks pada hari terakhir Kejohanan Ski Air Dunia (IWWF) Putrajaya 2019 meskipun sekadar menduduki tempat kesembilan daripada 12 atlet bertanding,

Setelah berjaya mencipta rekod baru Asia acara itu pada peringkat kelayakan dengan mengumpul 7,300 mata, Aaliyah sekali lagi membanggakan penyokong yang hadir apabila sekali lagi memperbaharui rekod itu pada perlawanan akhir dengan 7,440 mata.

Beraksi bersama dengan 12 atlet handalan dunia pada peringkat akhir acara kegemarannya ini nyata memberi kepuasan buat gadis berusia 16 tahun ini.

Anna Gay dari Amerika Syarikat setelah mengumpul 10,530 mata keseluruhan. Peserta Peru Natalia Cuglievan Wiese sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan mengumpul 9,570 mata diikuti Giannina Bonnemann dari Kanada ditempat ketiga dengan 8,410 mata.

Selepas ini Aaliyah akan memberikan tumpuan di kejohanan Asia yang bakal berlangsung di Bangkok September ini sebelum memberi tumpuan kepada Sukan SEA di Filipina November nanti.