Home / Golf / 8 Pemain Berjaya Rebut Tempat wakili Pasukan Media Malaysia ke Causeway Cup 2019

8 Pemain Berjaya Rebut Tempat wakili Pasukan Media Malaysia ke Causeway Cup 2019

8 pemain yang terpilih bergambar bersama ketua pasukan Media Malaysia, Arep Kulal (3 dari kiri) selepas berjaya merebut tempat mewakili pasukan Media Malaysia ke Causeway Cup 2019. Gambar oleh NorAzmi/SukanMalaysiaDotMY

KOTA DAMANSARA: Lapan pemain berjaya merebut tempat untuk mewakili pasukan Media Malaysia ke Kejohanan Golf Causeway Cup 2019 pada sesi pemilihan pasukan yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor Sabtu lalu. 

Lima pemain dari Media Prima, Mohd Aminuddin Azman, Mahathir Mohamad, Zulkarnain Abd Talib, Zaini Salihin dan Mohd Suhaimi Daud menguasai kejohanan sambil diikuti oleh Nor Azmi dari majalah Clubhouse, Imran Mohd Nor dari Utusan Malaysia dan Ahmad Fadali dari Pristine Work.

Sesi pemilihan yang diadakan berjaya menarik minat 40 orang warga media dan dimainkan dengan format strokeplay dengan 8 pemain yang melakukan catatan gross terbaik dipilih secara automatik mewakili pasukan Media Malaysia. 

Arep Kulal – Ketua pasukan Media Malaysia

Ketua pasukan Media Malaysia, Arep Kulal berkata sambutan yang diterima dari kalangan warga media amat mengalakkan dan ianya memberi peluang sama rata kepada warga media untuk mewakili pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini. 

“Misi untuk mempertahankan kejuaraan adalah misi sukar apalagi bermain di Singapura. Namun sambutan dari warga media pada sessi pemilihan hari ini memberi saya peluang untuk memilih yang terbaik diantara mereka. Penampilan muka baru dalam memberi saingan kepada pemain-pemain sedia ada saya anggap satu persaingan yang positif dan pemilihan mereka ibarat satu tonik baru buat pasukan dalam misi mempertahankan kejuaraan’ – ujar Arep Kulal.

Mohd Aminuddin Azman dari Media Prima juara keselurahan sessi pemilihan pemain pasukan Media Malaysia ke Kejohanan Golf Causeway Cup 2019

Dalam majlis yang sama, Arep Kulal mengumumkan perlantikan Ismadi Manap dari RTM sebagai  penolong ketua pasukan Team Media Malaysia. Turut diumumkan 5 tempat yang diberi kepada 3 bekas ketua pasukan Malaysia yang pernah memenangi Causeway Cup dalam edisi sebelum ini iaitu Patrick Ho (ketua pasukan 2009 & 2017) , Bob Kahar (ketua pasukan 2011) dan Dato Wong Sai Wan (ketua pasukan 2010). 2 tempat lagi diberikan kepada pemain yang paling lama pernah beraksi mewakili pasukan Media Malaysia iaitu Aziz Hassan dari NST dan Brian Alexis dari Rev Asia. Pasukan Media Malaysia akan diwakili seramai 16 pemain utama dan 4 pemain simpanan untuk edisi kali ini. 

Kejohanan Causeway Cup kali ke 13, pertemuan tradisi diantara pasukan Media Malaysia menentang pasukan Media Singapura akan diadakan pada 9-10 September 2019 di Kelab Golf Sentosa, Singapura.