Home / Lain - Lain / 775 atlet galas cabaran gapai 70 emas di Sukan SEA Filipina

775 atlet galas cabaran gapai 70 emas di Sukan SEA Filipina

70 pingat emas menjadi buruan kontinjen Malaysia ke temasya dwi tahunan Sukan SEA Filipina 2019 edisi ke-30 yang akan bermula hujung bulan ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sasaran itu ditetapkan selepas proses penelitian lengkap sambil mengambil kira penyertaan pertama 775 atlet di luar Kuala Lumpur yang akan beraksi nanti.

Bukan sekadar pingat emas yang menjadi buruan malah hasil perincian teliti prestasi atlet dan sukan, sasaran perak dan gangsa juga diumumkan.

Berdasarkan bengkel penetapan sasaran yang diadakan pada 5 hingga 6 November lalu kontinjen Malaysia menyasarkan tambahan 51 pingat perak dan 105 gangsa sekaligus optimis menamatkan temasya dalam kedudukan empat terbaik dikalangan 11 negara bertanding.

Dalam majlis penutupan perhimpunan akhir kontinjen Sukan SEA Syed Saddiq turut mengumumkan jaguh tenpin boling negara Rafiq Ismail terpilih selaku pembawa jalur gemilang dalam upacara pembukaan temasya itu nanti.

Malaysia menghantar 775 atlet serta 339 jurulatih dan pegawai yang akan mengambil dalam 56 jenis sukan yang dipertandingkan.

Untuk rekod edisi terdahulu Malaysia selaku tuan rumah KL2017 muncul juara keseluruhan menerusi pungut 185 pingat emas, 92 perak dan 86 pingat gangsa.