Home / Hoki / 7 Minit Lagi

7 Minit Lagi

Dharma berjaya membawa Malaysia mejadi pasukan 4 terbaik. gambar Oleh Jeffrizal Abu Jaapar

Dharma berjaya membawa Malaysia mejadi pasukan 4 terbaik. gambar Oleh Jeffrizal Abu Jaapar

Hanya 7 minit sahaja pemisah buat skuad remaja negara untuk mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Hoki Piala Dunia Remaja buat pertama kali. Namun sedikit sahaja kealpaan telah mengundang padah apabila Perancis berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya tewas dalam pukulan penalti setelah terikat 1-1 dalam masa penuh perlawanan.

Segala nya nampak menjadi buat skuad negara apabila mendahului perlawanan pada seawal minit ke 4 oleh Azri Hassan yang mudah menolak masuk hantaran lintang Fitri Shaari. Perancis yang seakan tersentak dengan jaringan tersebut mula menyusun gerakan namun sering dihampakan oleh kekebalan barisan pertahanan Malaysia yang diketuai oleh S Karthik.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama dan kekebalan barisan pertahanan Malaysia terus kebal diseparuh masa kedua walaupun serangan bertali arus diatur oleh pasukan Perancis. Namun sedikit kealpaan oleh barisan pertahanan negara apabila Perancis berjaya menyamakan kedudukan melalui sentuhan KIEFFER Jean-Laurent pada minit ke 63 setelah menerima hantaran lintang MARTIN BRISAC Simon. Keputusan kekal sehingga masa penuh perlawanan.

Pukulan penalti seakan menjadi milik Malaysia apabila pukulan penalti perancis yang pertama gagal menemui gawang negara manakala Faiz Helmi berjaya memperdaya penjaga gol Perancis. Tatkala keyakinan mula dirasai seakan akan perlawanan akhir milik Malaysia segalanya bertukar apabila Syamim Yusof, Firhan Ashaari dan Shahril Saabah gagal menjaringkan gol manakala Perancis berjaya menjaringkan 3 gol lagi menjadikan keputusan penuh Malaysia tunduk dengan jaringan 3-1 melalui pukulan penalti dan seterus nya hanya akan bertemu Holland dalam penentuan tempat ke 3/4.

Biarpun tewas pasukan Malaysia mencipta sejarah tersendiri selain layak ke perlawanan separuh akhir setelah 31 tahun, Pasukan negara bersama pasukan Jerman tidak pernah tewas lagi dalam perlawanan sepenuh masa. Dengan berbekalkan sasaran 6 terbaik yang diletakkan sebelum kejohanan, anak anak buah Mohd Dharmaraj Abdullah telah berjaya melepasi nya dengan akan berada sekurang kurang nya 4 terbaik dan ini suatu pencapaian yang amat amat cemerlang.

Tahniah anak anak muda Malaysia. Biarpun tewas anda kebanggaan rakyat Malaysia.

Laporan dan Gambar Oleh Jeffrizal Abu Jaapar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*