Home / Golf / Kemarol, Wilson, Ben Dan Kenneth Sah Tempat Di MMO2014

Kemarol, Wilson, Ben Dan Kenneth Sah Tempat Di MMO2014

Wilson Choo, Kemarol Baharin, Presiden MGA, Tan Sri Dato Mohd Anwar Mohd Nor, Mohamed Adam Wee, Maybank Group Chief Marketing Officer, Ben Leong dan Kenneth De Silva. Foto : Media247

Wilson Choo, Kemarol Baharin, Presiden MGA, Tan Sri Dato Mohd Anwar Mohd Nor, Mohamed Adam Wee, Maybank Group Chief Marketing Officer, Ben Leong dan Kenneth De Silva. Foto : Media247

KUALA LUMPUR, 19 Februari 2014 : Pemain golf professional, Kemarol Baharin membuktikan kekecewaan di Kejohanan Golf PGM Swiss Garden di Damail Laut Golf & Country Club pada minggu lalu telah berjaya dilupakan, apabila bermain cemerlang pada hari terakhir  pusingan kelayakan, seterusnya menempatkan diri beliau di Kejohanan Golf  Maybank Terbuka Malaysia 2014 (MMO2014) yang akan diadakan pada 17 – 20 April 2014 nanti di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Kuala Lumpur.

Kemarol mencatatkan 143pukulan, 1 di bawah par pada pusingan kelayakan Terbuka Malaysia yang diadakan selama 2 hari bagi memilih 4 orang pemain golf professional dari Malaysia untuk mengisi 4 slot yang diberi oleh penganjur.

‘Ini adalah kali kedua saya melayakkan diri untuk bermain di Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia. Saya yakin dan lebih bersedia untuk bermain dalam kejohanan kali ini dan pengalaman bersaing pada tahun lalu pasti akan memberi pengajaran yang berguna buat saya,’ ujar Kemarol ketika ditemui para wartawan.

3 lagi slot diisi oleh Ben Leong , Wilson Choo dan Kenneth De Silva yang masing-masing melakukan 147 pukulan , 3 di atas par, untuk berkongsi di tempat kedua.

Kemarol, Ben Leong, Wilson dan Kenneth akan bersama-sama dengan  14 lagi pemain professional yang telah pun menempah tempat lebih awal melalui kedudukan mereka di Order of Merit Jelajah Asia dan Order of Merit Jelajah PGM iaitu Nicholas Fung, R. Nachimuthu, Arie Fauzi, Rizal Amin, Airil Rizman, Sukree Othman, Iylia Jamil, Khor Kheng Hwai, Shaifubari Muda, Danny Chia, Shaaban Hussin, Iain Steel, S. Murthy dan S. Siva Chandhran.

Turut sama akan mengibarkan cabaran negara di Kejohanan Golf berprestij ini ialah 3 pemain gol Amatur iaitu Gavin Kyle Green, Ervin Chang dan Solomon Emilio Rosidin

Persatuan Golf Malaysia (MGA) akan mengumumkan nama seorang lagi pemain golf dari skuad golf negara untuk melengkapkan senarai 22 pemain Malaysia yang akan bertarung dalam Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$2.75juta.

Keputusan Penuh Pusingan Kelayakan Maybank Terbuka Malaysia

143: Kemarol Baharin 74-69

147: Ben Leong 76-71, Wilson Choo 75-72, Kenneth De Silva 73-74

149: Tommy Chin 74-75, Mohd Amli Mohiyadee 73-76
150: Zen Dharmaratne 75-75
152: Marcus Low 80-72, Nicholas Pua 79-73, Dino Abdillah 76-76, Akhmal Tarmizie 76-76, Chong Chee Ming 75-77

Untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia boleh layari www.maybankmalaysianopen.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*