Home / Lain - Lain / 60 BEKAS ATLET IKUTI KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN YAKEB

60 BEKAS ATLET IKUTI KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN YAKEB

Seramai 60 bekas atlet kebangsaan menamatkan kursus kemahiran dan keusahawanan anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Kursus yang membantu bekas atlet membina tapak asas memulakan perniagaan ini diharap dapat membantu mereka daripada permasalahan ekonomi susulan penularan pandemik Covid-19.

Kursus yang berlangsung selama 7 hari bermula 10 Ogos lalu di Kompleks Bukit Kiara berakhir kelmarin.

YAKEB mengakui dengan dana yang terhad agak sukar membantu bekas atlet secara berterusan.

Objektif utama kursus membantu mereka menjana semula pendapatan melalui pekerjaan atau berniaga terutamanya berkaitan pemasaran digital atau online yang begitu popular kini.

Kursus sulung dengan kerjasama Yayasan Hasanah ini menyaksikan kelompok pertama seramai 60 bekas atlet turut menerima sijil penyertaan masing-masing.