Home / Lain - Lain / Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) tarik peminat sukan permotoran

Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) tarik peminat sukan permotoran

Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) pusingan kedua menutup musim ketiga yang berlangsung di bandar Malaysia Kuala Lumpur nyata menjadi perhatian utama pengunjung.

Perlumbaan berjaya melakar sejarah apabila julung kalinya perlumbaan kereta diadakan di dalam kawasan lapangan terbang di Malaysia.

Litar sepanjang 1.96km menggunakan sebahagian besar landasan kapal terbang selain aktitivi pameran di kawasan hanger.

TGR Festival telah berjaya menarik minat lebih daripada 100 pelumba amatur dan professional termasuk selebriti tempatan.

Pelbagai aktiviti diadakan tetapi tumpuan utama sudah pasti perlumbaan yang membabitkan tiga kategori iaitu sporting, promotional dan super sporting.

Kategori Super Sporting paling ditunggu tunggu peminat berikutan penyertaan pemandu professional tempatan Tengku Djan.

Selain dari menyumbang kepada pembangunan sukan negara TGR juga memberi peluang kepada pelumba tempatan untuk menimba pengalaman berlumba di litar jalanan.

Musim ketiga ini melibatkan empat pusingan iaitu Kuala Terengganu, Bandar Malaysia, Batu Kawan dan berakhir di Sepang Selangor.

Antara barisan selebriti yang beraksi di litar adalah penyandang juara Diana Danniel, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Wani Hasrita, Nabila Razali dan banyak lagi.