Home / Lain - Lain / 50 PERSATUAN DAN KELAB SUKAN TERIMA BANTUAN INISIATIF PRIHATIN SUKAN KBS

50 PERSATUAN DAN KELAB SUKAN TERIMA BANTUAN INISIATIF PRIHATIN SUKAN KBS

Sebanyak 50 persatuan dan kelab sukan yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) merangkumi Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Persatuan Sukan Untuk Semua menerima surat kelulusan di bawah Inisiatif Prihatin Sukan 2020 dalam satu majlis khas yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Menara KBS.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 yang dilancarkan pada 17 Jun 2020 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam memberiikan sinergi baharu pasca Covid-19 dikalangan pemegang taruh terutamanya persatuan dan kelab sukan serta rekreasi di semua peringkat di mana sehingga 15 Ogos 2020 sebanyak 579 permohonan telah diterima.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah inisiatif ini merangkumi RM2 juta bagi bantuan pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, RM5 juta bagi bantuan menjalankan program & aktiviti dan RM3 juta bagi bantuan pendigitalan sukan serta pengkomersialan (R&D) sukan dengan kerjasama Institut Sukan Negara (ISN).

Menurut YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sehingga 19 Ogos 2020 sebanyak RM2 juta kelulusan telah dipertimbangkan menerusi satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KBS.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS Puan Ramona Mohd Razali dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara YBhg Datuk Hatipah Ibrahim serta pengurusan kanan kementerian.