Home / Golf / 5 rebut tempat ke Belek, Turki

5 rebut tempat ke Belek, Turki

Dari kiri : Ahmad zain (kategori D), Kelvin Chai (kategori C), Khairul Nizam Ayob (jemputan), Sulasi Mahadi - Ketua Komunikasi Korporat Perodua, Isac Saminathan - Pengarah Urusan Delta Trend Golf & Leisure Holidays, Mohd Ariff (kategori B), Suresh Kumar Doresamy (kategori E) dan Azmi Mahmud (kategori A)

Dari kiri : Ahmad zain (kategori D), Kelvin Chai (kategori C), Khairul Nizam Ayob (jemputan), Sulasi Mahadi – Ketua Komunikasi Korporat Perodua, Isac Saminathan – Pengarah Urusan Delta Trend Golf & Leisure Holidays, Mohd Ariff (kategori B), Suresh Kumar Doresamy (kategori E) dan Azmi Mahmud (kategori A). Gambar oleh Anas Toha / WAGCM

RAWANG : Lima pemain golf amatur termasuk bekas penjaga gol kebangsaan, Azmi Mahmud berjaya merebut slot ke pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia yang akan berlangsung di Belek, Turki pada 28 November hingga 5 Disember akan datang.

Kelima-lima pemain ini layak apabila menjuarai kategori masing-masing dalam pusingan akhir peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelab Golf Templer Park, baru-baru ini.

Azmi muncul juara kategori A apabila mengumpul 67 pukulan nett manakala Mohd Ariff Satari pula mendominasi kategori B dengan jumlah 64 pukulan nett. Dalam kategori C, Kelvin Chai Chew Wah berjaya muncul juara dengan 68 pukulan nett manakala Ahmad Zaub mengungguli kategori D dengan 68 pukulan nett. Kategori E dimenangi oleh Suresh Kumar Doresamy yang melakukan 77 pukulan nett.

Seramai 50 pemain amatur tempatan terpilih ke pusingan akhir peringkat kebangsaan selepas memenangi pusingan kelayakkan yang diadakan bermula dari Mei 2015 yang lalu. Sebanyak 12 pusingan kelayakkan dijalankan di 12 kelab golf seluruh negara yang membabitkan hampir 1,500 peserta.

unnamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*