Home / Hoki / 5 pemain hoki timba pengalaman di Itali

5 pemain hoki timba pengalaman di Itali

Pengalaman yang dimiliki oleh bekas kebangsaan S.Selvaraju ketika aksi bersama kelab Pistoia HC di Itali sejak 2006 akan dimanfaatkan sepenuhnya barisan pemain muda negara yang kini menjadikan negara itu sebagai destinasi pilihan untuk membina karier di eropah.

Silvaraju yang telah berkelana di Itali lebih 10 tahun berjaya meyakinkan kelabnya Pistoia HC untuk memilih tonggak tengah Terengganu Hockey Team (THT) Azri Hassan serta pertahanan UiTM M.Saravanan.

Bagi Azri Hassan dia mengakui peluang yang diberikan bukan sahaja dimanfaatkan untuk kembali menyarung jersi kebangsaan malas secara tidak langsung dapat menguji kemampuan untuk beraksi di liga utama dunia.

Pemergian mereka akan turut disertai penyerang Maybank Hafizhuddin Zaidi dan Pavandip Singh yang akan mewakili Butterfly Roma HCC dalam divisyen utama Itali.

Pavandip dan Hafizhuddin muncul kelompok pertama yang akan berlepas ke Itali ahad ini diikuti tiga lagi baki pemain pada 15 September nanti.

Ianya merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menerusi sidang media yang dihadiri Presiden KLHA Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.

Majlis pengenalan pemain kepada media itu turut meraikan kelima-lima pemain dengan penyerahan wang penajaan RM1,000.00 bagi setiap pemain. Selain itu mereka turut menerima tajaan kasut hoki dan beg stik dari syarikat Kuckreja & Co.