Home / Bola Sepak / 32 PASUKAN BERSAING DI PUSINGAN KEDUA SHOPEE PIALA FA 2020

32 PASUKAN BERSAING DI PUSINGAN KEDUA SHOPEE PIALA FA 2020

Saingan Piala FA memasuki fasa pusingan kedua melibatkan sesi undian melibatkan 12 kelab bertaraf amatur yang layak untuk menyertai 20 lagi pasukan utama tanahair.

Berdasarkan undian 18 perlawanan yang dijangka berlangsung pada 17 dan 18 Mac ini laluan nampaknya sukar buat pasukan kerdil untuk mara lebih jauh.

Kebanyakkan pasukan akan berhadap dengan pasukan heavyweight dari Liga Super seperti KL Rovers yang akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) serta KT Rovers menentang Perak.

Manakala Kedah pula menempuhi laluan sukan untuk mempertahankan piala yang dimenangi tahun lalu apabila diundi bertemu Pahang.

12 pasukan dari peringkat kelayakan pertama akan menyertai 20 lagi pasukan dari Liga Super dan Perdana yang menjadikan kesemua 32 pasukan dalam pusingan kedua.

Menariknya ada pasukan yang mendapat peluang seimbang yang mempunyai lawan yang mempunyai kekuatan yang setara tetapi tidak kurang juga menempuhi laluan sukar apabila diundi bertemu nama besar yang lain.

Dalam pada masa yang sama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Shopee memperbaharui tajaan buat kali ketiga sejak 2018.

Ia merangkumi akses penjualan tiket, cenderahati pasukan, serta kemudahan ekslusif laluan tetamu khas buat penyokong bola sepak tempatan.