Home / Lain - Lain / 30 PASUKAN LAYAK BERENTAP PADA SAINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN KEJOHANAN MYSTAY@HOME ESPORT CHALLENGE 2020

30 PASUKAN LAYAK BERENTAP PADA SAINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN KEJOHANAN MYSTAY@HOME ESPORT CHALLENGE 2020

Persaingan MyStay@Home E Sport Challenge menamatkan saingan peringkat negeri menyaksikan 30 pasukan yang layak akan berentap pada saingan peringkat kebangsaan bermula harini.

Kemeriahan persaingan tetap jelas dipamerkan meskipun pasukan bertanding hanya beraksi di kediaman masing-masing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

30 pasukan untuk kedua-dua kategori permainan iaitu Player Unknown Battleground (PUBG Mobile) dan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) berjaya dikenalpasti.

Dua pasukan terbaik mewakili 13 negeri dan 2 wilayah meraih tiket kelayakan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung hari ini.

Dalam pada itu Presiden ESM Dato Anand S Nathan turut meluahkan rasa gembiranya diatas sambutan yang diberikan peminat diatas penganjuran kejohanan ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) melakukan inisiatif ini bagi mengisi masa terluang sepanjang tempuh PKP berikutan pandemik Covid-19 yang sedang melanda Malaysia khususnya dan seluruh dunia.