Home / Bola Sepak / 27 pemain sertai latihan pusat fasa pertama Harimau Malaya

27 pemain sertai latihan pusat fasa pertama Harimau Malaya

Latihan pusat pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadualkan membuka tirainya 5 September depan.

Seramai 27 pemain melapor diri pada sesi latihan kali ini dengan penampilan muka-muka baru bagi membina persefahaman baik sesama mereka serta menyesuaikan diri dengan gaya permainan Harimau Malaya.

Pendekatan dua dalam satu diambil ketua jurulatih Tan Cheng Hoe pada fasa awal latihan iaitu pemilihan pemain yang baru beraksi di kempen Piala Malaysia serta persiapan menggilap lagi taktikal pasukan.

Skuad kebangsaan mengubah venue latihan apabila memilih Stadium KLFA di Cheras sebagai suntikan dan angin baru kepada pasukan selain dari menguatkuasakan beberapa peraturan antaranya menghadkan jumlah pemain ditemuramah media setiap sessi bagi mengelak tumpuan terjejas.

Sebelum memulakan kempen Kumpulan G menentang Indonesia di tempat lawan 10 hari lagi, pasukan kebangsaan terlebih dahulu turun menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi persahabatan pemanas badan antarabangsa.