Home / Bola Sepak / 16 PASUKAN LULUS PERMOHONAN BAGI SESI LATIHAN FASA I

16 PASUKAN LULUS PERMOHONAN BAGI SESI LATIHAN FASA I

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan sebanyak 8 pasukan CIMB Liga Super dan 8 pasukan Liga Premier sudah mendapat kelulusan untuk mengadakan sesi latihan bagi fasa pertama.

Pasukan-pasukan yang sudah lulus permohonan adalah UiTM FC, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC (TFC), Perak, Melaka, Felda United FC dan Kedah.

Manakala bakinya melibatkan pasukan Liga Premier iaitu Negeri Sembilan, Selangor 2, JDT 2, TFC 2, Pulau Pinang, Kuching FA, Perak 2 dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Abdul Ghani Hassan, pasukan-pasukan terbabit telah lulus permohonan selepas melengkapkan dokumen iaitu laporan keputusan swab test, venue latihan berdaftar serta selesai proses sanitasi, surat pengesahan ujian saringan oleh doktor pasukan serta melantik pegawai penyelaras.

Komitment yang ditunjukkan oleh pasukan-pasukan terbabit serta mematuhi arahan prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang menjalani sesi latihan fasa pertama mulai 15 Jun lalu selepas mendapatkan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan memudahkan proses kepada fasa kedua.

MFL akan membuat permohonan semula untuk fasa kedua atau MKN memberi kebenaran sepenuhnya untuk aktiviti sukan bola sepak dijalankan.

Lebih tepat ia turut mencerahkan peluang memulakan kempen Liga Malaysia lebih awal dimana perancangan sebelum ini menyambung kembali aksi domestik pada September nanti.

Tiga wakil CIMB Liga Super iaitu Pahang, PDRM dan Sabah serta empat pasukan Liga Premier iaitu Kelantan, Kelantan United FC, UKM FC dan Sarawak United FC masing-masing masih belum menghantar permohonan untuk sesi latihan fasa pertama.

Ini kerana pasukan-pasukan yang dalam proses melengkapkan permohonan masih di dalam proses menunggu keputusan swab test.

Sementara itu permohonan PJ City FC masih belum selesai disebabkan mereka masih didalam peringkat pengesahan venue latihan.