Home / Lain - Lain / 14 Pasukan Berentap dalam Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2016

14 Pasukan Berentap dalam Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2016

Ketua Pasukan dan wakil pasukan yang bakal bakal berentap dalam Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2016. Gambar Oleh : Faiz Azizan/Malaysia Rugby

Ketua Pasukan dan wakil pasukan yang bakal bakal berentap dalam Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2016. Gambar Oleh : Faiz Azizan/Malaysia Rugby

Kuala Lumpur, 16 Januari 2016 : Kejohanan Ragbi Liga Super KRM 2016 yang di anjur oleh Kesatuan Ragbi Malaysia akan membuka tirainya pada 23 Januari 2016 sehingga 2 April 2016. Edisi kali ini akan di sertai oleh 14 pasukan kelab terbaik tanah air di mana 4 pasukan (Iskandar Raiders, NS Wanderers, KL Saracens dan Panthers Blowpipes) diangkat dari Kejohanan Ragbi Antara Kelab-Kelab Kebangsaan (NICC) 2015 ke Liga Super KRM 2016. Pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Kumpulan A terdiri dari juara bertahan Keris Conlay bersama Uitm Lions, Mersing Eagles, UPM Serdang, Asas RC, Iskandar Raiders dan KL Saracens. Manakala Kumpulan B, Pasukan Cobra selaku naib juara edisi 2015 akan mengetuai senarai kelab diikuti, SSTMI Tsunami, ATM JLJ, Kelab Sukan DBKL (KSDBKL), Politeknik Malaysia dan NS Wanderers.

Kejohanan ini merupakan platform terbaik untuk KRM memilih pemain pemain kebangsaan untuk menggalas cabaran negara ke kejohanan Asia Rugby Championship Division 1 pada 8-14 Mei 2016 dimana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Ketua jurulatih negara iaitu Lee Nyuk Fah akan mengetuai panel pemilihan untuk memastikan hanya pemain yang benar-benar layak akan dipanggil ke peringkat yang seterusnya. Malaysia akan berentap bersama pasukan handalan seperti Sri Lanka, Filipina dan juga Kazakhstan. KRM sekali lagi amat berharap ramai peminat ragbi tempatan akan hadir menyaksikan kejohanan seterusnya menyemarakkan lagi semangat juang pemain negara. Kejohanan ini juga dijangka akan di pancarkan secara langsung oleh ASTRO selaku media rasmi kejohanan.

Perlawanan akhir kejohanan ini akan diadakan pada 2 April 2016 di Stadium Mini UKM Bangi, Selangor bagi merebut Piala Pusingan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia